Hishammuddin Minta Umat Islam Malaysia Syukuri Nikmat, Tabah Dan Sabar Dengan Ujian

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta umat Islam di Malaysia meraikan Aildilfitri dengan mengsyukuri nikmat, sabar, tabah dan menyakini ketetapan yang Allah berikan kerana segala apa yang berlaku ada hikmah yang besar.

Menurutnya, walaupun Syawal yang akan disambut esok negara dan dunia masih dilanda pandemik Covid-19, tetapi umat Islam di Malaysia masih lagi dapat menyambut Aidilfitri dengan aman, tenteram dan selamat.

“Syawal kali ini negara dan dunia masih dilanda pandemic Covid-19,

“Kita perlu sabar, tabah dan menyakini segala ketetapan Allah ini, apa yang berlaku ada hikmah yang besar,

“Kita masih dapat menyambut dengan aman, tentetan, sejahtera dan selamat,” katanya ketika menyampaikan ucapan Aidilfitri di Instagramnya.

Dalam pada itu, Hisham menyeru agar mengsyukuri nikmat ini dengan menunaikan ibadah yang telah di syariatkan dan meminta mengeratkan talian silaturrahim bersama ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai.

Dikesempatan itu juga, beliau meminta umat Islam di negara ini menitipkan doa untuk saudara Islam di seluruh dunia yang kurang bernasib baik serta urusan mereka dipermudahkan dan dilidungi dari musibah yang memudaratkan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat