MITRA: Ahli Parlimen kaum India kecewa cara pengurusan PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen dari masyarakat India melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pejabat Perdana Menteri melantik Setiausaha Politiknya sebagai pengerusi taklimat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang akan diadakan esok,

Menurut Ahli Parlimen tersebut,  Mitra merupakan unit penting kepada pembangunan masyarakat kaum India di negara ini seharusnya dipengerusi oleh seseorang yang menjadi anggota jemaah kabinet.

Surat jemputan yang dikeluarkan menyatakan taklimat tersebut akan dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Encik Chan Ming Kai.

“Dalam jemputan tersebut ada Menteri dan Timbalan Menteri, tetapi yang akan mengetuainya hanyalah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri. Lebih mengecewakan Setiausaha politik tersebut pulak dari etnik masyarakat cina.”

“Saya bukan mahu bersikap perkauman atau rasis, namun adalah lebih adil bahawa taklimat usaha memajukan masyarakat India di negara ini diketuai oleh mereka yang memahami sosio budaya masyarakat India sendiri.”

Untuk rekod Mitra merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

MITRA ditubuhkan pada 2008 hasil keputusan Jawatankuasa Kabinet (CCIC) dalam usaha meningkatkan penyertaan masyarakat India dalam inisiatif Kerajaan.

Pada tahun 2014, empat unit berasingan telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat India Malaysia, iaitu Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas (SITF), Pelan Tindakan untuk Masa Depan Sekolah Tamil (PTST), Sekretariat Khas untuk Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan unit khas untuk Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC).

Seterusnya pada tahun 2017, Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) telah dilancarkan untuk mendokumentasi cabaran dan isu yang dialami oleh masyarakat India berserta dengan cadangan penyelesaian.

Pada tahun yang sama keempat-empat unit tersebut telah digabungkan di bawah satu unit tunggal yang iaitu SEDIC.

Pada tahun 2018, SEDIC telah dijenama semula sebagai  MITRA dan diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Pada tahun 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memindahkan  MITRA kembali dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri bagi membolehkan ia bergerak lebih efisyen dan menyeluruh merentasi semua kementerian.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat