Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kaji dan muktamad RUU Anti Lompat Parti dibentuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah dibentuk dengan keanggotaan 11 ahli Parlimen dwi-partisan bagi meneliti dan memuktamadkan draf Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan RUU berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Sidang Khas Dewan Rakyat pada 11 April 2022 telah memutuskan untuk menyerahkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertujuan untuk meneliti dan memuktamadkan draf Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan RUU berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

“Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberikan kebebasan untuk menjemput mana-mana pihak berkaitan seperti Ahli-Ahli Parlimen, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan, badan-badan bukan berkepentingan, masyarakat madani serta individu-individu lain untuk hadir dalam persidangan yang diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong).

Manakala ahli-ahlinya terdiri daripada Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Bersatu-Larut); Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu); Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti); Gobind Singh Deo (PH-Puchong); Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang); Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran); Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu); dan
Datuk Ignatius Darrel Leiking (Warisan-Penampang).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat