PM beri respons positif industri ganja perubatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kaukus Medical Cannabis telah mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam kenyataan media pada Selasa Kaukus Medical Cannabis memaklumkan pertemuaan itu telah membincangkan isu-isu dasar berkaitan industri hem, ganja untuk tujuan perubatan (“medical cannabis”) dan ketum untuk kegunaan di Malaysia.

“Industri ini ialah satu industri yang sedang giat dibangunkan oleh banyak negara- negara luar.

“Lebih 40 buah negara sudah membenarkan penggunaan kanabis untuk perubatan. Nilai pasaran industri ini cecah RM60 bilion. Malah, negara jiran seperti Thailand juga sedang mengkaji industri ini untuk negara mereka,” kata kenyataan itu.

Hal demikian katanya, Kaukus Medical Cannabis percaya bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang besar dalam industri ini untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan mampu memberi manfaat besar kepada negara.

Selain daripada itu, Kaukus Medical Cannabis juga membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

“Pandangan perundangan juga menjadi perhatian utama dalam pertemuan rasmi sebentar tadi.

“Perdana Menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam Mesyuarat Kabinet,” ujarnya lagi.

Kaukus Medical Cannabis adalah jalinan kerjasama dwi-partisan antara Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.

“Keanggotaan kaukus yang merentas banyak parti ini percaya banyak langkah boleh diambil kerajaan berkaitan isu ini.

Kaukus Medical Cannabis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Perdana Menteri atas sesi pertemuan rasmi sebentar tadi.

“Kerjasama yang erat dalam isu ini sudah pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Pengerusi Kaukus Medical Cannabis memberitahu pertemuan ini membincangkan isu-isu berkaitan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, kes mahkamah berkaitan individu yang menggunakan ganja untuk perubatan serta potensi industri ini untuk negara Malaysia.

Kata beliau, Perdana Menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam Mesyuarat Kabinet.

Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri itu seramai tujuh Ahli Parlimen iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ignatius Darell Leiking, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat