Lukisan beruk, katak di Parlimen pikat hati Sultan Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya lukisan yang memaparkan monyet, beruk, Orang Utan dan katak sedang bersidang di Parlimen.

Sebaik sahaja melihat karya kreatif berkenaan, baginda berkenan untuk memilikinya.

Lukisan itu memaparkan situasi di Parlimen dengan imej Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun sedang mempengerusikan sidang dan kelihatan pelbagai gelagat haiwan-haiwan berkenaan mengisi kiri dan kanan ruangan itu.

Dalam hantaran Facebook Royal Selangor Office memaklumkan sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor.

“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,600FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat