MCA tolak sertai kerajaan yang bakal dibentuk Anwar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – MCA membuat ketetapan untuk tidak menyokong dan menyertai kerajaan baharu yang ingin di bentuk oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Choong Sin Woon berkata perkara itu diputuskan melalui mesyuarat biro politik yang dipengerusikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini.

“Biro Politik MCA menegaskan bahawa Presiden MCA telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta semua Presiden parti komponen BN dan kesepakatan yang dipersetujui ialah, “BN TIDAK AKAN MENYERTAI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN BAHARU”.

“MCA juga mengulangi pendirian parti iaitu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara khususnya dalam keadaan dunia berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan semua sektor ekonomi terkesan,” katanya melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut MCA parti itu menolak sebarang percaturan politik yang merugikan rakyat sekaligus bakal merencatkan ekonomi negara.

“Kestabilan politik adalah pra-syarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

“Adalah wajar bagi semua parti politik menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan segala percaturan politik yang akhirnya merugikan rakyat.

“Pemimpin dan parti politik juga seharusnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei 2020 lalu yang menitahkan ahli politik supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu,” tegasnya lagi.

Untuk rekod MCA mempunyai dua kerusi parlimen di dalam Dewan Rakyat iaitu Ayer Itam dan Tanjung Piai.

Khamis lalu, Anwar mendakwa telah mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.

Anwar berkata akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti yang dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Ketua pembangkang itu mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat