BN Putuskan Tidak Sokong Anwar – MCA

- Advertisement -

MCA memutuskan tidak menyokong usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selaras dengan keputusan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan Biro Politik MCA hari ini, parti tersebut menjelaskan mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah membuat satu ketetapan bahawa MCA tidak akan menyokong atau menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya ingin menubuhkan kerajaan baharu.

“Presiden MCA telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta semua Presiden parti komponen BN dan kesepakatan yang dipersetujui ialah, “BN TIDAK AKAN MENYERTAI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN BAHARU”.

MCA juga mengulangi pendirian parti iaitu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara khususnya dalam keadaan dunia berdepan dengan penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan semua sektor ekonomi terkesan.

“Kestabilan politik adalah pra-syarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia. Adalah wajar bagi semua parti politik menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan segala percaturan politik yang akhirnya merugikan rakyat.”

Biro Politik MCA juga menyeru pemimpin dan parti politik juga menghormati titah Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei 2020 lalu yang menitahkan ahli politik supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat