Lelaki Sabit Kekasih isteri

- Advertisement -

JAKARTA – Seorang lelaki bertindak menyabit kepala individu dipercayai kekasih isterinya dalam satu kejadian di Desa Widoro, Kecamatan Karangsambung, Jawa Tengah, Rabu lalu, lapor laman Kompas.com.

Suspek bernama HE, 50, menyimpan dendam dan cemburu terhadap mangsa, SL, 42, kerana dikatakan kerap menggoda dan menjalin hubungan sulit dengan isterinya yang bekerja di Jakarta.

Dalam kejadian itu, HE telah datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah sabit dan menyerang mangsa di kepala.

SL bernasib baik kerana sempat melarikan diri apabila sabit HE terlepas dari tangan ketika mengamuk.

Biarpun sudah ditahan polis, HE masih tidak menunjukkan rasa menyesal atas perbuatannya dan mengakui masih menyimpan dendam terhadap mangsa.

Dia juga sempat berteriak perkataan ‘mati, mati’ merujuk kepada SL apabila tuduhan dibacakan polis kepadanya.

Menurut Ketua Polis Kebumen, Asisten Komisioner Rudy Cahya Kurniawan, HE menuduh mangsa menjalin hubungan sulit dengan isterinya dan perbuatan menyabit itu adalah didorong rasa cemburu.

“Suspek berdendam dengan mangsa yang kononnya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya sehingga melakukan jenayah yang hampir meragut nyawa,” katanya.

Jika didapati bersalah, HE boleh didakwa di bawah Akta 353 Undang-undang Jenayah kerana melakukan serangan yang mengakibatkan kecederaan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat