18 Ahli Parlimen PAS Sokong Penuh Muhyiddin

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menegaskan kesemua 18 Ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majotiti Ahli Dewan Rakyat.

“PAS menganggap isu dibangkitkan oleh individu sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan dan cita-cita peribadi di samping menangguk air keruh ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah COVID-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini, PAS amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan dan undang-undang berdasarkan Perlembagaan negara.

“PAS turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara akibat tindakan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini.

Dalam satu kenyataan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, berkata beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Dengan itu, kata Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), langkah yang sebelum ini tertangguh kini dapat dilaksanakan selepas mendapat perkenan menghadap baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat