Bekas Pegawai Penjara Iran Didakwa Atas Tuduhan Pembunuhan Beramai-Ramai

- Advertisement -

STOCKHOLM – Seorang bekas pegawai penjara yang bertanggungjawab di atas lebih 100 kematian warga Iran dalam satu pembunuhan kejam beramai- ramai oleh rejim Tehran pada 1988 akan didakwa dalam satu perbicaraan di Sweden, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Hamid Noury, 60, tiba di Mahkamah Daerah Stockholm dan didakwa atas kesalahan jenayah perang dan pembunuhan antara 30 Julai hingga 16 Ogos 1988 ketika berkhidmat sebagai pembantu timbalan pendakwa raya di Penjara Gohardasht di Karaj, berhampiran Tehran.

Pendakwa raya, Kristina Lindhoff Carleson menuduh Hamid dengan sengaja melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas tahanan yang tergolong dalam Mujahidin Rakyat Iran (MEK) dan penentang lain daripada negara Iran.

Dia membacakan nama 110 tahanan yang pembunuhannya dibantu Hamid. Hamid dan beberapa individu lain mengatur dan mengambil bahagian dalam pembunuhan dengan memilih tahanan mana yang harus dibunuh.

Kelmarin, ratusan penyokong MEK membuat demonstrasi di luar mahkamah.

Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan bahawa 5,000 tahanan terbunuh di seluruh Iran di bawah perintah pemimpin tertinggi Ayatollah Khomeini sebagai balasan atas serangan yang dilakukan oleh MEK pada akhir perang Iran-Iraq.

Pada awal Mei lalu, lebih 150 tokoh dunia termasuk pemenang Hadiah Nobel, bekas ketua negara dan bekas pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meminta siasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Prinsip bidang kuasa universal Sweden bermaksud, mahkamahnya boleh mengadili seseorang dengan tuduhan serius tanpa mengira di mana kesalahan tersebut didakwa berlaku.

Hamid telah berada dalam tahanan di Sweden selama hampir dua tahun selepas terjebak dalam perangkap oleh Iraj Mesdaghi yang merupakan bekas tahanan politik.

Iraj menyusun dokumen bukti berkenaan Hamid merangkumi beberapa ribu halaman sebelum mengumppan lelaki itu ke Sweden dengan menjanjikan pelayaran mewah.

Hamid ditangkap ketika tiba di lapangan terbang Stockholm. Dia bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu dan perbicaraannya dijangka berlanjutan hingga April 2022. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat