Speaker Nafi Dedah Bilangan MP Sokong PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menafikan satu lagi sebaran palsu yang menyatakan status terkini bilangan sokongan ahli Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri iaitu seramai 104.

Menurut kenyataan media itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa pejabatnya menerima warkah dari Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja bertarikh 9 Ogos yang telah memaklumkan titah Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan status terkini bilangan ahli Dewan Rakyat yang menyokong Perdana Menteri daripadanya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Bagaimanapun pada petang Rabu, Azhar Azizan tampil menafikan kenyataan media palsu itu.

“Dokumen itu adalah palsu. Saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan kepada mana-mana pihak sedemikian.

“Saya juga ingin menjelaskan semua urusan rasmi Dewan Rakyat adalah dibuat melalui saluran komunikasi secara rasmi dengan pihak berkenaan sahaja.

“Saya tidak pernah dan tidak akan mendedahkan apa-apa komunikasi rasmi,” jelas Azhar Azizan.

Dalam kenyataan media palsu itu lagi memberitahu kedudukan sokongan semasa terhadap Perdana Menteri seramai 104 ahli Parlimen.

“Walau bagaimanapun, sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya hanya boleh memberi pengesahan jumlah sokongan ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri melalui kedudukan tempa duduk di Parlimen.

“Setakat 10 Ogos 2021 pada 2 petang, saya hanya menerima permohonan pertukaran tempa duduk Ahli Parlimen Gua Musang sahaja untuk tidak ditempatkan di blok kerajaan. Oleh itu, pada hemat saya, sokongan yang dimiliki Perdana Menteri seramai 114 ahli Parlimen dengan mengambil kira Ahli Parlimen Kuala Langat yang telah isytihar sokong Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Hal demikian, kata kenyataan palsu itu, polemik Perdana Menteri hilang majoriti sokongan ahli Parlimen tidak berbangkit dan segala pengumuman dibuat melalui media mengenai tarik balik sokongan ahli Parlimen adalah tidak berkaian dengan urusan Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat