UMNO DAN BERSATU IBARAT MINYAK DAN AIR – KHAIRUDDIN ABU HASSAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yakin, Umno dan Bersatu tidak boleh bersatu dan bekerjasama sebagai satu gabungan politik seperti yang digambarkan.

Perkara ini menurutnya dapat dilihat sejak kebelakangan ini, Umno melakukan beberapa bentuk serangan terhadap Bersatu, termasuklah ‘ancaman’ bertanding di semua kerusi parlimen yang dimenangi Umno, meskipun milik Bersatu hari ini.

“Ramai daripada ahli-ahli parlimen mulai sedar bahawa gabungan di bawah PN merupakan satu platform sementara yang hanya membuka ruang kearah mengembalikan kekuatan kleptokrasi dan Umno semata-mata.

“Sebab itu umno kini dilihat semakin angkuh ‘membuli’ parti Bersatu yang sedang menunjangi kerajaan PN atas dasar mereka mempunyai kerusi majoriti serta terbesar.

“Umno sedang mengambil kesempatan untuk membuli parti Bersatu dan gabungan lain di bawah PN serta menggunakan platform PN dan jentera kerajaan secara terbaik mungkin bagi memantapkan persediaan mereka menghadapi PRU-15 kelak.

“Sampai masa ketika PRU-15, Umno pasti bercerai dengan PN kerana menganggap mereka popular kini dan boleh menang besar di bawah gabungan Muafakat Nasional,” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, gabungan Umno dan Bersatu dalam PN juga telah rapuh sejak awal lagi kerana Umno juga merupakan parti yang ditentang hebat oleh Bersatu dalam PRU-14 yang lalu.

Kini, menurut Kharuddin ramai dari kalangan Ahli Parlimen termasuklah dari blok pembangkang dan kerajaan, telah menghubunginya untuk bersama dalam satu gerakan politik baru yang dipercayai berkaitan dengan pengumuman Tun Dr.Mahathir Mohamad semalam.

Semalam, Mahathir mengumumkan beliau bersama ahli parlimen bebas yang bersamanya akam membentuk gabungan politik yang bebas daripada gabungan sama ada dari Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.

Keputusan ini dibuat setelah konflik memilih calon perdana menteri dalam kalangan PH yang tidak berpenghujung sejak hampir empat bulan lalu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih kepimpinan kerajaan Malaysia. – SUARA TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat