Penantian Aida Aris selama 26 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tidak pernah genggam trofi kemenangan daripada mana-mana anugerah bukan satu alasan untuk pelakon, Aida Aris, 48, berputus asa dalam perjuangannya sebagai anak seni.

Biarpun dunia lakonan sudah sebati dengan jiwanya selama 26 tahun, Aida berkata, anugerah dan populariti bukan perkara yang dikejarkan sepanjang bergelar anak seni.

“Tidak dinafikan, setiap pelakon pastinya menyimpan impian untuk mendapat pengiktirafan. Bukan hanya kerjaya sebagai pelakon, tetapi pekerjaan lain juga. Bagaimanapun, jika tidak berusaha, bagaimana mahu mendapat pencapaian cemerlang?

“Itu yang saya berikan selama 26 tahun dalam bidang seni. Lakonan adalah jiwa saya, jadi berkarya dengan ikhlas dan jujur, bukannya semata-mata mencari populariti.

“Insya-Allah, meskipun tidak pernah menggenggam anugerah, saya akan terus berjuang selagi Allah memberikan saya kekuatan dan kudrat,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Aida berkata, apa yang dinantikan selama ini menampakkan hasil apabila buat kali pertama namanya disenaraikan mewakili Malaysia bertanding dalam Academy Creative Awards (AACA) 2020 menerusi drama bersiri, The Bridge musim kedua.

Bertanding bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Aida berkata, itu adalah hasil keikhlasan, kejujuran dan kesabarannya selama ini.

 

Antara babak lakonan Aida Aris sebagai pesakit kanser dalam drama The Bridge musim kedua. - Foto Double Vision
Antara babak lakonan Aida Aris sebagai pesakit kanser dalam drama The Bridge musim kedua. – Foto Double Vision

 

“Saya langsung tak menjangka nama dicalonkan, tetapi inilah rezeki. Dapat juga saya mewakili Malaysia.

“Sebelum ini, saya hanya pernah disenaraikan dalam top 5 anugerah tempatan seperti Anugerah Skrin, tetapi tiada rezeki menang. Tentunya saya menyimpan harapan mampu mengharumkan nama Malaysia apabila menembusi pencalonan AACA 2020.

“Lihat karya negara Asia seperti Indonesia, Hong Kong, Korea Selatan dan India mampu menembusi pasaran antarabangsa. Sekiranya drama The Bridge 2 menang, ia boleh membuka mata orang luar untuk menonton karya dari Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Aida berkata, dia tidak menafikan menjayakan watak sebagai Datin Roslinda dalam drama bersiri terbitan Double Vision itu mempunyai cabaran tersendiri.

“Melihat genre drama ini pun sudah agak agak bukan mudah untuk dijayakan. Saya perlu banyak bermain dengan emosi memandangkan watak Datin Roslinda adalah pesakit kanser, isteri kepada Wan Hanafi Su.

“Bagaimanapun, saya bersyukur mendapat pasukan kerja yang memberikan kerjasama dan merealisasikan setiap babak dengan baik. Disebabkan itu, saya percaya kejayaan satu naskhah itu adalah daripada kerja berpasukan,” katanya yang teruja dapat bekerjasama dengan pelakon dari Indonesia dan Singapura.

The Bridge 2, drama bergenre thriller penyiasatan arahan tiga sutradara, TJ Lee, Jason Chom dan Zahir Omar itu menemui penonton di platform Viu dan saluran HBO Asia, tahun ini.

Selain The Bridge 2, turut dicalonkan menerusi tujuh kategori dalam AACA 2020, iaitu Drama Terbaik, Adaptasi Drama Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bront Palarae), Pelakon Wanita Terbaik (Rebecca Lim) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Miller Khan).

AACA adalah anugerah tahunan di Singapura yang diketuai Singapore Media Festival dan dianjurkan Media Development Authority (IMDA) of Singapore.

Acara kemuncak AACA 2020 dijadualkan berlangsung 4 dan 5 Disember ini. Bagaimanapun, AACA 2020 belum dipastikan sama ada dilangsungkan secara dalam talian atau seperti kelazimannya di Singapura berikutan pandemik COVID-19.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat