Pertandingan Dron Multi GP pupuk minat terhadap STEM – Arthur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Seramai 40 peserta daripada Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong dan Indonesia telah menyertai Pertandingan Dron Multi GP Pemilihan Peringkat Antarabangsa 2023

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan industri sukan dron negara dan meningkatkan minat generasi muda terhadap Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) melalui sukan dron.

“Ini juga mampu menambahkan potensi bakat pengendali dron bagi memenuhi permintaan industri dron negara, selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia (MDTAP30) oleh MRANTI yang mensasarkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

“Multi GP merupakan sebuah liga perlumbaan dron professional yang mempunyai lebih 30,000 pelumba berdaftar di seluruh dunia,” katanya ketika hadir di majlis penutup dan penyampaian hadiah pada majlis berkenaan.

Jelasnya melalui pertandingan yang diadakan, wakil negara yang akan dipilih bagi menyertai acara perlumbaan dron dunia pada bulan Oktober 2023 di Indianapolis, Amerika Syarikat.

Pertandingan yang bertempat di Area57, MRANTI Park, Bukit Jalil ini katanya akan menjadi pemangkin bagi melahirkan belia yang mahir dalam sukan ini seterusnya menangkap imaginasi anak muda.

“Usaha Kerajaan untuk menyediakan ekosistem yang menyokong pembangunan teknologi dron akan dapat melahirkan pemain Dron yang bertaraf dunia,” katanya.

Menyentuh mengenai Pusat Kecemerlangan AREA 57, Arthur berkata fasiliti ini akan dapat menyokong perkembangan industri dron selain mampu meningkatkan tenaga kerja mahir dalam sektor teknologi dan teknikal.

“AREA 57 merupakan tapak ujian dan latihan dron yang paling aktif di dalam negara. Sejak dilancarkan setahun lepas, lebih 36 latihan dron melibatkan 1,287 peserta telah diadakan di samping 4 acara pertandingan dron serta 7 projek dron percubaan seperti dron penghantaran dan sistem pemantauan dron.

“Pembinaan fasiliti fizikal secara berperingkat dijangk akan bermula menjelang hujung tahun ini dan mengambil masa selama 24 bulan untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Namun, katanya tapak Area 57 kini boleh digunakan oleh syarikat pengendali dron bagi tujuan latihan dan percubaan teknologi.

“AREA 57 akan terus digunakan sebagai tapak latihan dan percubaan dron dalam masa terdekat.

“Aktiviti komuniti dan demonstrasi dron juga akan diadakan oleh syarikat dron bagi menunjukkan kebolehan teknologi dron serta memberikan pendedahan kepada bakat muda tempatan untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Selain itu ia juga menjadi hab bagi syarikat, universiti, atau inovator teknologi dron untuk mendapatkan maklumat berkenaan undang-undang, pasaran, akses pasaran dan kewangan bagi membangunkan teknologi dron tempatan.

“AREA 57 akan membantu Malaysia mencapai matlamatnya untuk menjadi peneraju utama dalam industri teknologi dron dan seterusnya berpotensi menyumbang kira-kira RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat