Anwar, Zahid didakwa cuba sembunyi ‘abang besar DAP’ dan terus gagal selesai isu rakyat – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan utama Kerajaan Perpaduan didakwa cuba menyembunyikan DAP daripada tatapan rakyat Selangor.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menyembunyikan DAP dari tatapan rakyat Selangor dalam program Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera yang diadakan di DUN Sungai Ramal dalam Parlimen Bangi pada Jumaat lalu.

“Saya ucap syabas kepada Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi kerana berjaya mengimport berbas-bas peserta untuk menyertai Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera yang diadakan di DUN Sungai Ramal dalam Parlimen Bangi pada hari Jumaat lalu.

“Paling penting, saya melihat Anwar dan Zahid cuba menyembunyikan DAP dari tatapan rakyat Selangor dalam program pada malam itu.

“Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh diletak duduk jauh di hujung. Akibatnya dia sentiasa berada di luar capaian lensa kamera dan video. Berucap pun hanya 4 minit sahaja,” dakwa beliau.

Jelas sekali Anwar-Zahid dakwanya, mahu menyembunyikan hakikat bahawa parti aliran kiri bernama DAP itu adalah parti terbesar dalam kerajaan persekutuan dan juga parti besar dalam kerajaan Selangor.

Kata Wan Saiful lagi, setiap satu undi PH-UMNO dalam PRN nanti ialah undi untuk parti left-wing DAP kembali menguasai dengan bilangan mereka yang banyak berbanding parti lain.

“Sebab itu saya tidak pelik jika strategi UMNO dan PH ialah menyembunyikan DAP agar mereka dapat ‘mewajahkan’ gabungan mereka dengan gambaran mengelirukan.

“Tetapi, buatlah macam mana sekalipun, DAP tetap DAP dan jika PH-BN diberi undi, maka parti kiri DAP akan terus menjadi abang besar,” kata Ketua Bahagian Bersatu Bangi itu lagi.

Tambah Wan Saiful, dalam ucapan Anwar dan Zahid, sekali lagi mereka terus gagal mengangkat penyelesaian masalah kos sara hidup rakyat yang kian parah, isu pencarum-pencarum meminta pengeluaran KWSP bersasar, dan isu penyelesaian masalah harga barang dan juga OPR yang dijangka akan meningkat selepas PRN.

“Tiada penyelesaian dan tiada hala tuju.

“Anwar juga sudah lupa zikir harian yang dia selalu sebut iaitu “Saya ulang! Hari ini saya menang, esok turun harga minyak.” Dah terlupa nak ulang ke? Bidasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat