UMNO halang ceramah Annuar di Felda Raja Alias 2

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Jempol yang bakal diadakan malam ini di Dewan Semai Bakti, Felda Raja Alias 2 didakwa dihalang oleh UMNO.

Difahamkan penganjur program itu terpaksa mencari lokasi ceramah yang baru pada saat akhir.

“UMNO halang penggunaan lokasi ceramah PN yang dihadiri oleh Tan Sri Annuar Musa di dewan Felda malam ini.

“Penganjur terpaksa cari lokasi lain, saat akhir,” ujar Pegawai Khas Annuar, Faris Hadi kepada Suara.TV pada Isnin.

PN kini sedang rancak melancarkan jentera di setiap negeri bertanding menjelang pilihan raya 12 Ogos ini.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat