Wujudkan Pasukan Khas Kaji Keterangan Saksi Kes Kematian Adib – KPN

realme Lancar Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Yang Ranggi Dan Praktikal

Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar berbaloi dan mampu milik, realme kini nampaknya semakin melebarkan jaringan produk yang ditawarkan dengan penawaran jam...

Ahmad Zahid kongsi minat motosikal legend

KUALA LUMPUR – Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 membuatkan orang ramai banyak masa luang, tidak ketinggalan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Bermula Hari Ini, Burger King Malaysia Mahu Beri 5 Unit PlayStation 5 Buat Para Pelanggan

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba, Burger King bakal memberikan peluang untuk anda menangi PlayStation 5 (PS5) secara percuma. Bukan 1 tapi 5 unit...

Wawa Zainal, tiga anak negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Pelakon, Wawa Zainal bersyukur apabila ujian saringan Covid-19 bersama tiga anaknya disahkan negatif, hari ini. Wawa berkata, keputusan itu diperoleh selepas membuat ujian...

PKP: Produksi drama Angkara Cinta ‘sangkut’ di Ipoh

Kuala Lumpur: Pasukan produksi dan pelakon drama Angkara Cinta mengambil keputusan untuk kekal berada di Ipoh, Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di...

KUALA LUMPUR – Polis akan mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan sebuah pasukan kajian semula bagi meneliti keterangan saksi termasuk dua pakar perunding kanan patalogi berhubung kes kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, dua tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia adalah berikutan keterangan saksi yang diambil selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah.

“Namun selepas pihak polis mengambil keterangan termasuk dua anggota bomba yang berada paling dekat dengan arwah, mereka konsisten mengatakan tidak nampak arwah ditarik keluar atau dipukul.

“Sementara itu dua pakar perunding patalogi juga memberikan dua teori yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini isu keselamatan negara di sini, pada Jumaat.

Ekoran itu, Abdul Hamid memberitahu, polis telah memanggil seorang pakar dari Institut Jantung Negara (IJN) yang sebelum ini mendedahkan arwah ada memberi deklarasi kematian.

Sedangkan katanya, IJN sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang arwah tidak dapat berkomunikasi secara efektif sepanjang menerima rawatan di situ.

“Kami masih mencari seorang saksi yang boleh menyakinkan bahawa dia nampak arwah ditarik dan pukul oleh orang ramai. Seorang pun tak ada.

“Di mana saya nak cari? Ada rakaman tapi kabur. Cuma ada satu rakaman yang mengambarkan keadaan kelam-kabut dan kelihatan sebuah kenderaan berundur melanggar sebuah van,” ujarnya.

Dalam kejadian awal pagi 27 November 2018, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...