Ada Anggota Polis Dikesan Jadi Petualang Sindiket Seludup Pendatang Asing – KPN

Lantik Menteri Cina Dalam Kabinet Negeri – Dong Zong

KOTA KINABALU: Dong Zong Sabah meminta pelantikan menteri Cina dalam Kabinet Negeri yang baru dibentuk. Pengerusinya, Datuk Jimmy Yong Kyok Ming berkata, masyarakat Cina...

Pemilihan Presiden USA: Biden Menang Pusingan Pertama Debat Dgn Trump

SEJARAH akan mencatatkan bahawa Joe Biden memenangi perbahasan pada Selasa malam dengan menunjukkan satu perkara penting: dia tidak nyanyuk. Selama 47 bulan terakhir, tingkah...

Usahawan IKS Digalak Francaiskan Produk – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) terus menggalakkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan mikro untuk memfrancaiskan produk mereka...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Alam Semula Jadi Dalam Bandar, Gamuda Gardens Hasilkan Kediaman Dengan Ciri Co-Living

Antara kriteria rumah idaman yang susah nak jumpa ialah rumah yang bertemakan alam semula jadi. Terletak di bandar tapi nak ada landscape yang cantik dan penuh...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan terdapat beberapa anggotanya dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan migran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dikesan hasil maklumat dan risikan pihaknya di mana terdapat dalam kalangan anggotanya menjadi petualang bagi mendapat habuan wang dengan membantu sindiket terbabit.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan isu ini dan tindakan tegas akan diambil bukan sahaja dalam isu penyeludupan migran tapi di bawah undang-undang jenayah kerana melakukan penyelewengan.

“Siasatan masih dijalankan, bila cukup bukti kita akan ambil pendakwaan. Ini bukan kes tatatertib yang dikenakan tindakan dalaman, tidak… kita akan dakwa ikut undang-undang dan kita anggap sebagai pengkhianat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bukit Aman semalam.

Terdahulu, Abdul Hamid menerima simbolik penyerahan 15,805 naskhah al-Quran untuk warga PDRM di Bukit Aman menerusi program Wakaf al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihaknya kini telah menempatkan sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik yang menjadi laluan sindiket penyeludupan migran terbabit di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berubah menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tidak bermakna saya tarik semua sekatan jalan raya.

“Sekatan jalan raya ini dilakukan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengekang kegiatan sindiket ini,” katanya.

Selain itu, katanya, satu pasukan khas juga ditubuhkan di bawah seliaan ATM membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), PDRM serta ATM untuk menangani isu migran dengan lebih bersepadu.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di bawah Ops Benteng Covid adalah untuk membantu pasukan khas ini.

“Ada maklumat, kita akan tangkap di mana terdapat individu yang terlibat sebagai tekong, ejen, transporter termasuk yang berperanan menempatkan warga asing di rumah kampung atau hotel bajet,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan seramai 371 ejen, tekong darat dan laut, pengangkut serta penyedia rumah penampungan pendatang tanpa izin (PATI) diberkas dalam Fasa 3, Op Covid-19 Benteng, sejak 4 Jun hingga Ahad lalu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Lantik Menteri Cina Dalam Kabinet Negeri – Dong Zong

KOTA KINABALU: Dong Zong Sabah meminta pelantikan menteri Cina dalam Kabinet Negeri yang baru dibentuk. Pengerusinya, Datuk Jimmy Yong Kyok Ming berkata, masyarakat Cina...

Malaysia negara ke-46 haram senjata nuklear – Hishammudin

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini meratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dan muncul sebagai negara ke-46 melaksanakan komitmennya untuk berbuat demikian. Menteri Luar, Datuk...

Anwar Dakwa 120 MP Sokong, Tak Tunjuk Senarai Nama Kepada PH – Sinchew Daily

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak...