35,000 Pemandu Bas Sekolah Diberi Bantuan Khas RM600 Setiap Orang – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari ini.

Beliau berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM21 juta, iaitu sebahagian daripada inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang dilancarkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu sebagai usaha kerajaan berdepan krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19.

”Bantuan ini akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kaedah pembayaran bantuan itu akan diumumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), iaitu agensi di bawah kementerian itu yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat