‘Bantuan Prihatin Nasional – Laksanakanlah Sejujurnya’

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan supaya melaksanakan program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah dijanjikan dengan lebih bersungguh-sungguh agar tiada rakyat yang tercicir daripada bantuan tersebut.

“Saya tidak tahu apa masalahnya; jika permohonan mereka yang memohon bantuan telah diluluskan tapi pembayaran masih belum dibuat atas alasan birokrasi, maka kerajaan perlu mempercepatkan pembayaran bantuan tersebut.

“Ini kerana, bagi ramai pemohon, wang BPN ini sangat dinanti-nantikan terutama bagi mereka yang dipotong gaji, dan terutamanya mereka yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP.

“Kita terdengar banyak keluhan daripada ramai rakyat terutama Jabatan Netizen Negara bahawa mereka masih belum mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang dijanjikan.

“Keluhan-keluhan tersebut telah banyak dimuat naik di media sosial sejak beberapa minggu yang lalu.”

Beliau menyuarakan kebimbangan orang ramai itu melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya awal pagi hari ini.

Tambahnya, sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan betul, ia akan memberikan imej negatif kepada Kerajaan dan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi itu sendiri.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini turut menzahirkan kebimbangannya terhadap Geran Khas Prihatin (GKP) yang jura turut menjadi bualan di kalangan netizen.

Bantuan berjumlah RM3000 yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang tidak layak mendapat BPN kerana mempunyai pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut diperkatakan.

“Kekhuatiran saya adalah bagi pemohon BPN yang satu ketika dulu pernah mendaftar perniagaan dengan SSM tapi kini mereka sudah tidak lagi aktif berniaga.

“Mungkin sekarang mereka sudah kembali menjadi pekerja ataupun bekerja sendiri dengan pendapatan yang tak seberapa.

“Lebih malang lagi jika perniagaan yang cuba mereka ceburi mengalami kerugian dan kini tidak punya sumber pendapatan sama sekali,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar kumpulan yang tidak berjaya mendapat BPN kerana faktor mempunyai syarikat ini, turut dimasukkan dalam kategori yang berkelayakan untuk mendapat BPN.

“Alasan yang digunakan sebelum ini bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai syarikat yang berdaftar dgn SSM, secara automatik tidak layak untuk mendapat bantuan tunai BSH, BPN dan sebagainya sebenarnya tidak tepat.

“Kerana di negara kita juga terdapat ramai individu berniaga pada skala kecil (kategori PKS), ramai juga yang mengambil gaji bulanan sedikit sahaja dari syarikat mereka, dan keuntungan syarikat yang diaudit dilaporkan ke LHDN menunjukkan keuntungan yang sangat kecil, di samping itu ada syarikat PKS yang mengalami kerugian.

“Di sini saya ingin tegaskan, demi memastikan pakej ransangan ekonomi ini lebih berkesan dan agar iannya mencapai sasaran untuk membantu rakyat yang mengalami kesusahan, maka Bantuan Prihatin Nasional perlu dipercepatkan dan diperluaskan.

“Dari segi keberkesanan BPN untuk merangsang ekonomi pula, pada pandangan saya adalah lebih baik orang yang tidak layak mendapat BPN dapat BPN berbanding dengan situasi jika ada orang yang perlu mendapat bantuan tertinggal tidak dapat bantuan atas alasan birokrasi,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat