Hong Kong Berdepan Wabak Misteri

- Advertisement -

HONG KONG – Selepas dikesan pertama kali pada tahun 2018, Hong Kong hari ini sekali lagi berdepan dengan masalah wabak misteri.

Perkara itu disahkan oleh Dr Siddharth Sridhar, ahli mikrobiologi dan salah seorang penyelidik di University of Hong Kong yang membuat penemuan itu.

“Secara tiba-tiba, kita berdepan ancaman virus yang boleh disebarkan dari tikus jalanan kepada manusia,” katanya.

Kira-kira dua tahun lalu, seorang pesakit berusia 58 tahun yang menjalani pemindahan hati menjadi kes pertama wabak tersebut.

Seramai 10 lagi penduduk di bandar raya tersebut kemudiannya disahkan positif hepatitis E tikus, juga dikenali sebagai HEV tikus.

Kes terbaharu, 30 April lalu, seorang lelaki berusia 61 tahun yang berdepan masalah fungsi hati tidak normal dan didiagnos disahkan positif wabak itu.

Memetik laporan Agensi, Sridhar menjangkakan terdapat ratusan lagi jangkitan yang gagal dikesan di bandar raya itu.

Cara penyebaran daripada tikus kepada manusia juga masih menjadi tanda tanya, sama ada melalui makanan tercemar atau melibatkan haiwan lain.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus hepatitis E biasanya disebarkan melalui air yang tercemar dengan najis pesakit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat