Ismail Sabri Kritik Cubaan Putar Belit Kenyataan Beliau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, mengkritik wakil sebuah agensi berita luar kerana menyalah tafsir kenyataan beliau berhubung pemberian makanan kepada warga asing yang dikuarantin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Kata Ismail seperti dipetik di akaun Twitter nya, “Melissa Goh mempunyai niat buruk, saya tidak pernah berkata tiada makanan untuk warga asing semasa ‘lockdown’ (PKPD)”.

“Yang saya katakan ialah, kedutaan yang terbabit,mesti mengambil tanggungjawab ke atas rakyat mereka”

Tambah Ismail lagi, “saya juga menyebutkan, alternatifnya, kita (kerajaan) boleh membantu mereka (kedutaan) membeli makanan melalui pusat operasi yang telah dibuka di dua bangunan tersebut”.

Hasil carian di internet, agensi berita luar berkenaan didapati berpengkalan di Singapura. Wakil mereka yang dinamakan dalam kenyataan Menteri Kanan di atas, difahamkan adalah seorang rakyat Malaysia

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat