Khairy umum berita baik buat doktor kontrak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju supaya sebanyak 4,186 jawatan tetap tambahan diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2022.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bagi tujuan melantik seramai 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi serta lantikan bagi perjawatan tetap tambahan ini akan dibuat bermula pada bulan Jun 2022.

Selain itu beliau turut mengumumkan Kabinet juga telah bersetuju agar sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 hingga 2025.

“Kabinet juga telah bersetuju supaya sebanyak 800 jawatan tetap Pakar Perubatan dan 70 Pakar Pergigian diwujudkan di KKM pada setiap tahun mulai tahun 2023 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap di fasiliti kesihatan di bawah KKM,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Melalui keputusan terbaharu ini Khairy berkata, sekurang-kurangnya 8,686 perjawatan tetap tambahan melibatkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan sepanjang tempoh 2022 sehingga 2025.

“Sebagai tambahan juga, 800 lagi lantikan tetap untuk pegawai perubatan dan 70 pegawai pergigian boleh dibuat pada setiap tahun bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pegawai perubatan yang aka dilantik menjadi pakar perubatan.

Sebelum ini kata beliau dasar kerajaan mengenai penyambungan kontrak ini masih tidak menyelesaikan isu utama iaitu jumlah perjawatan tetap yang terhad dan tidak mencukupi berbanding keperluan sebenar pegawai perubatan, pergigian dan farmasi, bagi memastikan kelestarian penyampaian perkhidmatan kesihatan di KKM.

“Penyambungan kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi in hanya merupakan langkah penyelesaian segera. Namun dalam jangka panjang, kestabilan sistem kesihatan berkemungkinan terjejas dan tidak dapat mewujudkan jaminan pekerjaan (security of tenure) di KKM.

“Susulan itu, menyedari hakikat ini, KKM dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari 2022 telah membentangkan satu memorandum yang membincangkan tentang Tawaran Baharu atau New Deal berhubung keperluan perjawatan tetap tambahan serta hala tuju pelaksanaan inisiatif bagi menangani isu-isu berkaitan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak,” katanya.

Dalam pada itu kata Khairy, Kabinet juga telah bersetuju dengan pelan hala tuju atau roadmap yang sedang dibangunkan oleh KKM bersama agensi dan kementerian yang berkaitan bagi
mencari penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam kemelut berhubung pegawai lantikan kontrak ini.

Ujar beliau, antara kandungan dalam pelan hala tuju ialah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Sarjana Muda Perubatan (SMP) dan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) bagi mengoptimumkan kapasiti penawaran program dan mengawal kualiti graduan; menilai dan mengemas kin senarai Jadual Kedua Akta Perubatan 1971; melaksanakan Peperiksaan Kelayakan Profesional bag menangani is kualiti dan kompetensi graduan; dan memperkukuhkan Program Pengajian Kepakaran Kebangsaan.

“Maklumat lanjut berkenaan pelan hala tuju ini sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan. Perkembangan mengenai perkara in akan dimaklumkan daripada
semasa ke semasa,” kata Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat