Parti Bangsa Malaysia rebut dua DUN Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia akan merebut dua kerusi DUN di Johor dalam pilihan raya negeri 12 Mac ini.

Ketua Penerangan parti, Zakaria Abdul Hamid mengesahkan penyertaan Parti Bangsa Malaysia dengan misi memperkenalkan Agenda The Great Reset 2030.

“Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia telah memutuskan bahawa Parti Bangsa Malaysia akan meletakkan calon untuk bertanding di dua kerusi di PRN Johor, yang akan diadakan pada 12 Mac 2022.

“Parti Bangsa Malaysia akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dan nama calon sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari 2022.

“PRN Johor adalah medan terbaik untuk kami memperkenalkan Agenda The Great Reset 2030 yang terdiri daripada enam tunjang utama iaitu mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains dan teknologi dan peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia,” katanya.

Zakaria memberitahu Parti Bangsa Malaysia berharap akan dapat memberikan saingan yang sihat kepada parti-parti politik lain yang bertanding di dalam PRN pada kali ini, dengan iltizam bagi mengukuhkan aspirasi demokrasi di Negeri Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat