Tafsir al-Quran: Howard Lee akur, akan elak pada masa akan datang- Na’im

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee, menyatakan beliau akur kepada nasihat diberikan berhubung isu tafsiran ayat-ayat al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyampaikan nasihat itu dalam pertemuan empat mata selama dua jam baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam pertemuan dua jam itu bermula jam 9 hingga 11 malam itu, Howard bukan saja menerima nasihat, malah turut berbincang banyak perkara berkaitan.

Katanya, turut dibincangkan mengenai usaha kerajaan mengatasi Islamofobia sebagaimana yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nasihatkan jika boleh elakkan (tafsir ayat al-Quran)… cuma apa yang saya perhatikan Howard sebenarnya tidak tafsirkan ayat al-Quran tetapi memetik ayat dalam Surah An-Nisa dengan membaca terjemahannya, jadi saya nasihatkan sebaik-baiknya elak perkara itu,” katanya kepada media selepas Program Halal On Track di Universiti Malaya, pada Isnin lapor BH.

Mohd Na’im ditanya mengenai hasil pertemuan beliau dengan Howard minggu lalu.

Dilaporkan pertemuan itu khusus berkaitan kontroversi berhubung tafsiran sendiri ayat al-Quran oleh Howard dalam satu video mengenai konteks politik, baru-baru ini.

Tindakan Howard itu menyebabkan pertikaian oleh banyak.

Susulan itu, ahli politik DAP itu tampil memohon maaf susulan isu berkenaan selepas video ucapannya tular di media sosial.

Permohonan maaf dibuat menerusi sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan pada , 26 September lalu, selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Mohd Na’im menjelaskan kerajaan akan mengagihkan sejuta tafsiran al-Quran kepada orang bukan Islam di negara ini.

Katanya, langkah itu khusus untuk mendedahkan masyarakat bukan Islam di negara ini mengenai isi kandungan al-Quran seterusnya mengelakkan Islamofobia.

“Bagi mengelakkan Islamafobia kita akan agihkan sejuta tafsiran al-Quran kepada orang bukan Islam termasuk dalam negara.

“Macam mana mereka hendak tahu agama kita jika tidak tahu apa kandungan al-Quran. Kita antara lain akan agihkan al-Quran terjemahan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris dan mengikut kefahaman mereka dan selepas itu dapat melihat Islam yang sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Mohd Na’im berkata, kebanyakan pihak industri tidak faham dan gagal mengemukakan dokumen untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

Justeru, katanya program Halal on Track dilaksanakan seperti dicetuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya ada libat urus dengan pihak industri.

“Untuk hari ini, kita ada 1,000 industri yang berpotensi yang akan diberikan bimbingan bagi mendapat pensijilan halal.

“Bimbingan dilaksanakan secara bersemuka yang mana akan diterangkan proses dan dokumen yang perlu dipenuhi dalam proses mendapat sijil halal,” katanya.

Beliau berkata, apabila isu dokumen dan proses ini selesai, maka Bahagian Halal JAKIM memberikan komitmen bahawa pensijilan halal ini dapat diselesaikan dalam masa 23 hari bekerja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat