Kita pernah makmur, stabil di bawah PM6

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia menikmati penarafan yang baik, sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan toleransi kaum sebelum 09 Mei 2018 ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Menurut Penganalisis isu-isu semasa, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim, sepanjang bergelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang bertujuan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum. Ini bagi memastikan rakyat dapat menjalin perpaduan lebih erat.

Jelasnya lagi, slogan 1Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri ke-6 iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

“Sebelum 9 Mei 2018, Malaysia menikmati penarafan yang baik, sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan toleransi kaum.

“Jika ditolak isu-isu mahkamah dan penjara yang membelenggu Perdana Menteri keenam (PM6) hari ini, sepanjang bergelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang bertujuan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum. Ini bagi memastikan rakyat dapat menjalin perpaduan lebih erat. Ini kerana perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

“Malah slogan 1Malaysia juga mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan PM6 iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. katanya memetik laporan Utusan Online.

Katanya lagi, ketika pentadbiran beliau, hubungan kaum bertambah kukuh apabila bukan sahaja dengan gagasan 1Malaysia, malah beliau terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 demi menjaga keharmonian kaum.

Najib juga dilihat tidak fokus kepada satu kaum sahaja, apabila juga memberi tumpuan kepada kaum Cina, India serta etnik Sabah dan Sarawak.

Daripada segi jaringan sosial, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan beliau iaitu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan dengan kaedah subsidi sasar berbanding subsidi pukal yang dilihat berpotensi berlakunya ketirisan. BR1M terbukti membantu peringkat isi rumah dengan membolehkan kumpulan berpendapatan rendah meringankan tekanan, susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, ujar beliau lagi.

Selain itu katanya lagi, penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera  (TERAJU) pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan meningkatkan penguasaan bumiputera dan ekonomi negara.

“Kini, fungsi TERAJU telah diperluaskan sebagai Penyelaras Utama Agenda Sosioekonomi Bumiputera bertrajektori tinggi, melalui tindakan intervensi strategik, inisiatif dan program berlandaskan bidang keutamaan dalam Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030). Malah ia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Najib turut memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai konsep yang mendukung 1Malaysia, dengan mewujudkan Dasar Wasatiyyah Negara, Institut Wasatiyyah Malaysia dan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Kuala Lumpur.

“Konsep itu bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap pendekatan wasatiyyah; menyelesaikan permasalahan masyarakat yang dibelenggu isu integriti, ekstremisme dan radikalisme,” ujarnya lagi.

Menurut Dr. Ahmad Faris lagi, Najib telah memulakan pendekatan menjalinkan hubungan baik antara UMNO dan PAS dengan menawarkan idea penyatuan kedua-dua parti Melayu dan Islam yang mana telah direstui kepimpinan PAS Pusat.

“Ia bermula dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, apabila beliau menghulurkan tali silaturrahim kepada Pas serta mendambakan perpaduan ummah antara kedua-dua parti itu. Pas turut dijemput dalam PAU dan ia dibalas dengan Pas yang menyokong Bajet 2016, 2017 dan 2018 serta tidak lagi menyertai perhimpunan Bersih.

“Najib turut mengadakan rundingan bersama Pas mengenai usul pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355), berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang telah dibacakan di Parlimen.

“Beliau juga menyediakan peruntukan tertinggi untuk Kelantan walaupun negeri itu ditadbir di bawah Pas serta melaksanakan pembinaan rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).

“Berikutan itu juga Najib turut menghulurkan salam silaturahim dan mengajak Pas untuk sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya,” katanya lagi.

Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk mengantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh Najib telah membawa kepada peningkatan cukai pendapatan dan korporat. Dan Malaysia telah menerima pujian daripada agensi penarafan antarabangsa kerena memperkenalkan GST dan merasionalisasikan subsidi.

‘Pada 27 Oktober 2017, Najib menjelaskan, langkah menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti yang dicadangkan pembangkang yang ketika itu Pakatan Harapan (PH) adalah langkah ke belakang yang boleh membawa kepada peningkatan cukai pendapatan dan korporat. Jika kembali semula kepada SST pada kadar sedia ada, kata Najib, negara hanya boleh mengutip RM20 bilion.

“Pada 2016, Malaysia mengutip RM41 bilion daripada GST – di sebalik pujian diterima kerajaan waktu itu daripada agensi penarafan antarabangsa kerana memperkenalkan GST dan merasionalisasikan subsidi.

“Diperkenalkan pada 2015, GST akhirnya dimansuhkan oleh kerajaan PH selepas menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Mei 2018. Namun hari ini tiba-tiba dilaporkan ada pihak dari peringkat kerajaan mencadangkan supaya diperkenalkan semula GST,” jelasnya.

Namun, dengan pergolakan politik yang berlaku sejak 9 Mei 2018, Malaysia menghadapi ketidakstabilan dan ketidakpastian yang berpanjangan. Keputusan pentadbiran PH untuk membatalkan kerja-kerja pembangunan penting seperti projek ECRL dan penarafan semula hubungan dengan negara-negara asing yang penting, telah menjejaskan ekonomi negara.

Selain itu terdapat pelbagai isu semasa yang bertambah parah seperti isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang melibatkan individu-individu politik.

Polarisasi politik dan perpecahan kaum juga semakin ketara dengan munculnya sentimen perkauman dan agama yang mengancam perpaduan dan keharmonian negara. Diskriminasi dan ketidakadilan sosial juga semakin ketara, dengan pertambahan kesenjangan ekonomi dan kesamarataan peluang di kalangan kumpulan etnik. Semua ini menjadikan Malaysia jauh daripada keadaan makmur dan stabil yang pernah dinikmati sebelum ini di bawah PM6.

Secara keseluruhan, buah fikiran dan usaha PM6 telah memberikan kesan positif kepada Malaysia dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik dan hubungan kaum. Walau bagaimanapun, setelah perubahan politik pada 2018, Malaysia menghadapi cabaran dan keadaan yang berubah.

“Ketidakstabilan politik, ketidakpastian ekonomi dan perpecahan kaum adalah antara isu-isu yang masih perlu ditangani secara berkesan. Dalam menghadapi cabaran ini, adalah penting untuk melihat dan mengambil iktibar daripada pengalaman PM6 serta membawa kebaikan-kebaikan dan buah fikiran beliau ke dalam pembangunan semasa.

“Umumnya, kita yakin PM6 masih mempunyai aura tersendiri untuk menarik balik sokongan orang Melayu kepada UMNO. Mahu tak mahu, pimpinan UMNO sekarang kena mengakui kekurangan ini. Iaitu ‘lack’ atau kekurangan kemampuan mereka dalam konteks PM6, untuk menarik kembali sokongan kaum majoriti negara itu.

“Dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai di Pahang yang dipertahankan UMNO kelmarin di sebalik ‘gelombang hijau’ yang membadai, telah membuktikannya.

“Kita pernah makmur, harmoni dan stabil di bawah pentadbiran PM6,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat