Lebih Separuh Populasi Dewasa Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Lebih separuh daripada populasi dewasa di negara ini telah mendapat suntikan lengkap dos vaksin Covid-19.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), sebanyak 50.5 peratus yang telah lengkap suntikan manakala 64.1 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sehingga Selasa.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 98.4 peratus populasi yang telah lengkap dos vaksin mengatasi Labuan, 95.7 peratus.

Sarawak melaporkan (87.9), Negeri Sembilan (85.1), Perlis (72.6), Melaka (67.8) Pulau Pinang (65.2), Terengganu (63.6), Johor (56.9), Pahang (55.5), Perak (52.5), Kedah (50.8) Kelantan (50.6).

Sabah mencatatkan peratusan yang terendah dengan 47.0 peratus yang telah lengkap dos suntikan.

Bagi tempoh sama, sebanyak 37, 392,241 dos suntikan telah diberikan.

-SINAR HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat