Samun warga asing, 5 anggota polis berdepan tindakan jabatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes samun bernilai RM260,000 membabitkan mangsa warga asing di sebuah residen di Jalan Tun Razak, 7 April lalu berdepan tindakan jabatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kelima-lima anggota terbabit masih bertugas namun pihaknya akan mengambil tindakan susulan selepas melengkapkan kertas siasatan.

Menurutnya, kertas siasatan sebelum ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) namun ada beberapa perkara perlu ditambah sebelum dikembalikan semula.

“Kelima-lima anggota polis itu masih bertugas namun berstatus tidak aktif.

“Bagaimanapun, kita tunggu beberapa arahan TPR sebelum dibuat apa-apa keputusan (tuduh atau sebaliknya),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk seorang lelaki yang masih bebas mempunyai peranan masing-masing dalam kes terbabit termasuklah ketua serta pemberi alamat.

Dalam pada itu, Rusdi turut menyeru seorang lelaki, Mohamad Ardzwan Mohd Anuar yang masih giat diburu untuk tampil memberi kerjasama pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes terbabit.

“Polis percaya lelaki terbabit masih berada di sekitar Lembah Klang dan kita mohon kerjasamanya untuk tampil memberi keterangan agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.

Pada 9 April lalu, media melaporkan tujuh individu termasuk lima anggota polis ditahan selepas menyamun lelaki warga asing menyebabkan kerugian RM260,000 di sebuah residen di Jalan Tun Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat