Lambaian penuh makna bagaikan petanda awal nahas helikopter

- Advertisement -

CYBERJAYA – Coretan empat hari lalu di Facebook 503 Squadron Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagaikan petanda awal insiden malang yang tak terduga melibatkan dua helikopter yang bergesel di udara dan terhempas di Lumut hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, pentadbir laman Facebook itu melampirkan gambar anggota di Stesen Udara Kota Kinabalu yang melambai ke arah dua helikopter HOM AW139 yang membawa sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak bagi menyertai raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

“Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (admin) masih mampu bersangka baik,” demikian kapsyen yang tertulis di Facebook tersebut.

“Kapsyen min (admin), macam dah tau tau ja.. Salam Takziah buat skuadron udara 503 KK,” tulis seorang netizen, Muhammad Syahmi Zaini II di ruangan komen facebook itu.

“Diaorang dah tak balik dah min (admin), Allah lebih sayangkan diaorang,” komen Muhammad Hilmi pula, di ruangan sama.

Terdahulu, seramai 10 mangsa disahkan terkorban terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter TLDM hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat