Padam, henti sebar video insiden helikopter terhempas – MCMC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden helikopter terhempas di Lumut bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998.

MCMC juga menasihatkan mana-mana pihak yang telah memuat naik video melibatkan insiden berkenaan untuk memadamkannya.

“Pengguna Internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka,” pesan MCMC dalam kenyataan pada Selasa.

MCMC menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa insiden dua helikopter yang terhempas dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Justeru, sebagai badan berkanun yang mengawal selia penggunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian, MCMC memaklumkan orang awam bahawa penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain, adalah satu perbuatan yang dilarang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat