Presiden MIC nafi laporan takkan bantu kempen PRK Kuala Kubu Baharu – Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA – MIC yang merupakan parti komponen BN dijangka akan turun membantu calon dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) yang dijadual pada 11 Mei ini.

Memetik laporan Sinar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

“Presiden MIC hubungi saya kata dia akan tolong di (PRK) KKB.

“Beliau kata tak betul laporan tu (disiarkan media) yang menyatakan tak akan beri kerjasama,” katanya.

Menurut laporan sama, pada 17 April lalu, media melaporkan Vigneswaran memberi bayangan tidak akan turun berkempen pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas kerusi berkenaan tidak ditandingi calon BN dan MIC hanya akan berkempen dalam pilihan raya melibatkan calon BN sahaja.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung melawan kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 27 April serta pengundian awal, 7 Mei.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat