Kalau Pendapatan Tak Terjejas, Kenapa Nak Minta Tangguh Pinjaman?

- Advertisement -

RASANYA tujuan asal kerajaan meminta semua bank memberikan moratorium pinjaman (kecuali kad kredit) selama 6 bulan, ialah untuk memudahkan rakyat yang terjejas akibat tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Terutama pinjaman perumahan dan kereta. Dua jenis pinjaman ini bukan setakat paling biasa di Malaysia ini, bahkan paling penting, maklum sajalah, keperluan asas.

Pendapatan terjejas ini boleh jadi macam-macam, sama ada gaji kena potong, elaun kena potong, Overtime (kerja lebih masa) tak dapat buat, dan sebagainya.

Memang OT ini tak semua dapat tapi ramai juga yang kita tahu bergantung kepada OT untuk tambahan pendapatan. Bila dah bekerja, nak buat OT macam mana? Begitu juga kehilangan pendapatan dari komisen dan sebagainya, pendek kata, macam-macamlah.

Lebih teruk lagi bagi mereka yang tak dapat gaji, (gaji harian), dibuang kerja dan sebagainya. Maka itu langkah meminta bank-bank memberi moratorium selama 6 bulan lanjutan dari PKP ini, adalah sangat dialu-alukan dan diterima baik.

Justeru, agak pelik bila ada golongan yang kita semua tahu tidak terjejas pendapatan mereka dek perlaksanaan PKP ini pun, turut mahu pinjaman-pinjaman yang melibatkan mereka, ditangguhkan.

Adakah ini patut?

Kalau patut, minta dijelaskanlah kenapa ianya patut? Setakat mana yang dibaca sekarang ini, penangguhan yang diminta kelompok ini sekadar sebab orang lain dapat mereka tidak dapat, itu saja. Bukan sebab pendapatan terjejas.

Sedangkan sebarang langkah penangguhan pinjaman ini mempunyai impak ekonomi yang besar terutama kepada yang memberi pinjaman. Sudah tentu kerajaan telah memikirkan baik buruk bila meminta bank memberikan moratorium selama 6 bulan ini dan sudah tentu ada impak ekonomi kepada bank-bank yang berkenaan.

Itu bank tu, modal besar, untung besar dan sebagainya. Bagi institusi kewangan lain yang wujudnya hanya untuk bagi sejenis dua pinjaman seperti perumahan atau pinjaman peribadi kepada golongan tertentu, lainlah impaknya.

Pendek kata, kepada peminjam di luar skop yang diluluskan kerajaan untuk mendapat moratorium selama 6 bulan ini, bukan masalah minta penangguhan, tapi mesti ada asaslah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat