Lawatan Muhyiddin Lonjak Hubungan Riyadh-KL Ke Tahap Lebih Kukuh

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al-Saud percaya lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara tetapi juga dunia Islam secara keseluruhan,” katanya kepada media Malaysia di kementeriannya, di sini, hari ini.

Beliau juga menyifatkan lawatan Muhyiddin itu akan memberi penuh bertenaga kepada hubungan tersebut.

Muhyiddin kini dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Sabtu lalu.

Putera Faisal berkata kedua-kedua negara mahu menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi yang akan membantu menginstitusikan kerjasama itu dan bukannya bergantung kepada kerjasama tertentu sahaja.

“Kami kini mempunyai proses institusi yang kukuh yang akan memberikan hasil untuk kedua-dua negara dan memastikan kita membuat tindakan susulan mengenai peluang ini,” katanya.

Katanya, terdapat banyak peluang antara kedua-dua negara, contohnya, dalam bidang pelaburan, suruhanjaya bersama, pendidikan dan pembangunan saintifik.

Menurutnya, mekanisme itu akan membantu mereka membuat susulan mengenai perjanjian dan perbincangan yang telah dipersetujui supaya dapat meneruskan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.

Mengenai memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai oleh kedua-kedua negara esok, Putera Faisal berkata ia termasuk Perkhidmatan Jalan Raya Makkah yang akan memudahkan jemaah haji dari Malaysia melawat negara itu dengan menyelesaikan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua negara itu dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobia.

“Dalam dunia hari ini, kami sangat tercabar dalam semua bentuk diskriminasi, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia telah menjadi pemimpin kerana menonjolkan sikap toleransi dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh membantu mengukuhkan mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami bersedia bekerjasama dengan semua orang dari pelbagai agama dan kepercayaan,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

PAS terbuka terima Amanah sertai PN dengan syarat kena keluar PH

KUALA LUMPUR - PAS mengakui terbuka menerima penyertaan Amanah ke dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN)," kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad. Menurut beliau, PAS tidak melihat...