Zazali Haron Pengerusi Eksekutif SKM Yang Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Zazali Haron, 59 tahun, sebagai Pengerusi Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 Disember lepas.

Menurut kenyataan media SKM, Zazali Haron merupakan lulusan Master in Trade and Development, Eastern Michigan University. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM sejak 21 Mei 2020.

Beliau Telah berkhidmat selama 36 tahun di beberapa SKM Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi.

Tan Sri Noh Omar Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kiri bersama Zazali Haron<br >Kanan dan Rusli Jaafar tengah dan selepas menyampaikan watikah perlantikan sebagai Pengerusi<br >Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Menara Bank Rakyat<br >semalam

Sementara itu,  Rusli Jaafar, 58 tahun pula sebelum ini yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2021.

Rusli Jaafar yang berasal dari Kuala Selangor merupakan lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), UKM pernah berkhidmat sebagai Pengarah SKM Negeri Selangor pada tahun 2017 hingga 2019 dan memegang jawatan Pengarah di beberapa bahagian di Ibu Pejabat. Telah berkhidmat selama 28 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi.

Majlis ringkas penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sendiri di Menara Bank Rakyat semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat