Kerajaan Siap Siaga Hadapi Situasi Bencana Dalam Bencana, Kata PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sempena sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021, Perdana Menteri menekankan penyelarasan sumber dan kerjasama padu antara agensi-agensi kerajaan dalam menghadapi situasi ‘bencana dalam bencana’ terutamanya semasa Monsun Timur Laut yang telah bermula pada 3 November lalu.

Kata Ismail Sabri, kesiapsiagaan bencana adalah satu proses berterusan yang sentiasa dikemas kini agar mutakhir serta inklusif, supaya dapat melahirkan komuniti berdaya tahan bertepatan dengan seruan Maqasid Syariah untuk pemeliharaan akal, nyawa dan harta pada setiap masa.

“Impak bencana seperti kehilangan nyawa, akal atau harta, semasa atau pasca bencana bukan mudah dihadapi apatah lagi nyawa tiada galang ganti. Ia memerlukan sokongan psikososial untuk waris bangkit semula bagi meneruskan kesinambungan ekonomi dan keluarga.

“Pandemik COVID-19 dan varian-variannya masih belum lagi terhapus sepenuhnya dari negara yang kita cintai ini. Ini akan memerlukan penyelarasan bersepadu mendepani ‘bencana dalam bencana’,” katanya dalam ucapannya di Putrajaya pada Isnin.

Menyedari situasi dan risiko ‘bencana dalam bencana’ ini, Perdana Menteri ingin menekankan pentingnya untuk setiap agensi menjadi responder yang baik semasa menyelamat atau menguruskan pusat-pusat pemindahan.

Katanya, ia bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 semaksimum mungkin dengan pematuhan kepada SOP atau garis panduan yang telah disediakan.

“Pada masa yang sama , saya menyeru semua pihak untuk berganding bahu merealisasikan semua perancangan yang telah disusun bagi menghadapi apa jua bentuk dan intensiti bencana.

“Sesuai dengan peranan sebagai agensi utama yang membantu kerajaan menyusun langkah-langkah wajar sebelum, semasa dan selepas bencana, NADMA telah mengambil langkah proaktif dengan menggubal Dasar Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (atau DRR),” jelasnya.

Ismail Sabri memberitahu, DRR bukan sekadar penyediaan infrastruktur berhadapan bencana sahaja tetapi meliputi semua tindakan pencegahan dan pengurangan risiko dalam setiap tahap kitaran bencana.

Justeru katanya, kajian Daftar Risiko Bencana (National Risk Register atau NRR) dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman terhadap risiko bencana yang telah atau berpotensi berlaku.

” Ia bagi memudahkan untuk kita merancang dan membuat keputusan secara bermaklumat, selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals.

“Apa yang penting, perancangan dan pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan kelangsungan kegiatan ekonomi dan sosial,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat