Malaysia – Singapura Buka Laluan Udara 29 Nov Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura akan melancarkan vaccinated travel lane (VTL) atau laluan perjalanan vaksin antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 Nov ini.

Berita baik ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua pemimpin negara jiran ini bercakap melalui telefon pada Isnin (8 Nov).

Kenyataan bersama Malaysia- Singapura menjelaskan di bawah VTL, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya dibenarkan melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia, dan tertakluk kepada ujian COVID-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau notis tinggal di rumah.

Di bawah skim itu, pengembara mesti berada di satu atau lebih negara VTL dalam tempoh 14 hari terakhir sebelum berlepas ke Singapura.

Mereka mesti mengambil dua ujian PCR – sebelum berlepas dan semasa tiba di Lapangan Terbang Changi – dan memasuki Singapura melalui penerbangan yang ditetapkan.

Kenyataan itu menambah bahawa kedua-dua pemimpin juga berharap untuk memulihkan perjalanan merentasi hubungan darat “antara kedua-dua negara dalam masa terdekat”.

Hsien Loong mengakui bahawa COVID-19 telah mengganggu hubungan individu antara kedua-dua negara, dan memisahkan keluarga selama beberapa bulan.

“Memandangkan kejayaan ketara yang dicapai oleh kedua-dua negara dalam usaha vaksinasi populasi masing-masing dan menguruskan pandemik COVID-19, saya bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif, dengan cara yang selamat,” ujar Hsien Loong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat