Kes baru COVID-19 di Switzerland melonjak

- Advertisement -

GENEVA: Jangkitan harian COVID-19 di Switzerland melonjak melebihi 1,000 kes semalam buat kali pertama sejak 1 April lalu, ketika penduduknya digesa mematuhi perintah larangan.

Jangkitan yang dicatatkan di negara dihuni 8.5 juta penduduk itu sebelum ini hanya mencapai 1,000 kes antara 16 Mac dan 1 April, ketika kemuncak wabak berkenaan.

Dengan lonjakan kes baru itu, Menteri Kesihatannya, Alain Berset, kelmarin menggesa penduduk mengikut arahan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan sama ada di tempat awam atau tertutup.

“Keadaannya tidak begitu baik pada masa ini, untuk mengelakkan penutupan syarikat, kita harus mematuhi peraturan asas ini,” katanya yang dipetik agensi berita ATS Switzerland.

Beliau menegaskan, pengurangan himpunan bagi sambutan hari lahir, pesta persendirian, elak kawasan kesesakan, memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan tangan menjadi tanggungjawab semua.

Switzerland mencatatkan 1,074 kes baru semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 57,600 kes termasuk 1,788 kematian.

Biarpun bersempadan dengan Itali utara, pusat awal wabak itu di Eropah, Switzerland tidak merekod kematian tinggi COVID-19 dan tidak melakukan sekatan ketat seperti beberapa negara Eropah lain.

Jumlah kes harian merekodkan angka sangat rendah dan stabil pada pertengahan Jun manakala jangkitan meningkat secara konsisten selepas itu, sebelum lonjakan besar dalam tempoh beberapa hari terakhir ini.

Switzerland membuka semula stadium bola sepak dan arena hoki ais kepada orang ramai pada 1 Oktober dengan hanya dua pertiga stadium boleh dipenuhi penonton yang diwajibkan memakai pelitup muka.

Di seluruh Switzerland, kadar kes untuk tempoh 14 hari sebelumnya adalah pada nisbah 74.2 bagi setiap 100,000 orang, dengan wilayah Geneva dan Vaud paling teruk terjejas. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat