Penularan Covid-19 Kini Dalam Berskala Besar – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu sokongan masyarakat untuk bersatu memerangi penyebaran COVID-19 yang disifatkan kini berskala besar.

Beliau berkata, tanpa sokongan semua pihak, negara tidak mampu memenangi ‘pertarungan’ itu.

“Apa yang kami minta adalah orang awam untuk ‘Stay at Home’ (Duduk di rumah) dan jika tidak mampu, mohon patuhi SOP (prosedur operasi standard) yang mudah; “Elakkan 3C dan Amalkan 3W”,” katanya menerusi Twitter awal pagi ini.

Dr Noor Hisham turut memberi kata-kata perangsang kepada petugas barisan hadapan dan yang berada di belakang tabir kerana bekerja keras 24/7 (24 jam sehari, tujuh hari seminggu) sejak 10 bulan lalu.

Beliau mengakui ramai yang keletihan dan kecewa setiap kali kluster baharu muncul.

“Lagipun, kita hanya manusia. Kita mempunyai peluang kecil untuk melandaikan lengkungan sekali lagi,” katanya.

Beliau menegaskan petugas barisan hadapan adalah pelindung kepada kesihatan rakyat dan keselamatan negara.

“Kita adalah barisan pertahanan terakhir. Kita mesti terus semangat dan terus kuat.

“Kesihatan menyatukan kita semua dalam melawan satu musuh bersama, COVID-19. Insya-Allah,” katanya.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia menghampiri 14,000 kes apabila merekodkan 489 kes baharu COVID-19 semalam.

Jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan di negara ini adalah 13,993 dengan 3,351 kes aktif.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat