Kisah gadis pokok buka mata Malaysia, menteri berhentilah hidup dalam penafian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-  Kisah pelajar jurusan Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, 18, yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian seharusnya membuka mata kita semua.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata, cerita gadis pokok, Veveonah ini sewajarnya menyuntik kesedaran bahawa masih wujud  banyak lagi  kampung terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sangat memerlukan kemudahan infrastruktur dan rangkaian komunikasi yang lebih baik.

Tegas Annuar, isu-isu kekurangan dan kedaifan penduduk di kawasan pendalaman ini harus diselesaikan dan kerajaan berhentilah hidup dalam penafian.

“Isu gadis pokok, Veveonah Mosibin, sepatutnya membuka mata kita semua, terimalah realiti bahawa masih ada banyak lagi kampung di pedalaman Sabah dan Sarawak hidup dalam serba kekurangan. Mereka perlukan fasiliti infrastruktur yang lebih baik, termasuk juga rangkaian komunikasi

“Sebagai kerajaan kita sewajarnya merealisasikan kemudahan-kemudahan tersebut, selesaikan masalah rakyat dan berhentilah hidup dalam penafian,” ciap Annuar di Twitternya, hari ini.

Veveonah sebelum ini memuat naik video pengalamannya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk ’24 Hours On Tree / Challenge’ (Cabaran 24 jam atas pokok) yang kemudian tular di media sosial.

Susulan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kemudian dilaporkan berkata Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara.

Bagaimanapun, Zahidi sudah memohon maaf dan berkata beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan berhubung perkara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat