Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Musa Aman, PRN Sabah Diteruskan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebentar tadi memutuskan keputusan tersebut selepas mendengar hujah dari pihak Tan Sri Musa Aman, ketua menteri Sabah, Dato Seri Shafie Afdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman, disini.

“TYT bertindak ikut kuasa diperuntukkan Perlembagaan Sabah”, kata Hakim.

Panel yang juga turut disertai Datuk Supang Lian serta Datuk Abu Bakar Jais telah menetapkan keputusan tersebut selepas bersidang selama dua hari bermula semalam.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti dijadual. Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) menetapkan 12 Sept bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 Sept.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat