Dunia Islam Perlu Pastikan Pandangan Dunia Mengenai Islam Dikaji Sewajarnya – PM

- Advertisement -

SHAH ALAM – Dunia Islam perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk memastikan “Pandangan Dunia Mengenai Islam” atau pandangan Islam mengenai kewujudan sesuatu terus dikaji dengan sewajarnya bagi memastikan nikmat Tuhan kekal menjadi perhatian utama dalam menuju masa hadapan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata untuk itu kerajaan telah mengambil pendekatan Manhaj Rabbani – Pendekatan Ketuhanan yang kini meliputi kerangka dasar kerajaan untuk hal ehwal Islam di Malaysia bagi pembangunan yang lebih tulen dan jitu di abad ke-21.

“Cendekiawan Islam dan universiti adalah penting dalam merealisasikan agenda Manhaj Rabbani di Malaysia dan kita berharap suasana yang lebih beretika dan memuaskan dari segi spiritual boleh muncul di dalam negara kita.

Ini memerlukan universiti kita untuk mengambil kira keperluan mendidik lelaki dan wanita mengenai adab atau manusia yang baik,” kata beliau semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Kajian Islam Sezaman 2021 (ICIS2021) yang berlangsung secara maya hari ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Muhyiddin juga berkata universiti-universiti di Malaysia perlu menghasilkan cendekiawan dan profesional yang bukan hanya boleh memanjangkan penguasaan pencapaian Barat tetapi turut berani untuk mengkritik kekurangan yang wujud pada sains, ideologi dan teknologi sedia ada dan mencipta sumbangan yang tulen dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri berkata beliau percaya dengan platform seperti ICIS2021, lebih ramai cendekiawan dan penyelidik Muslim yang akan mampu memimpin syarahan ini dan membimbing bagaimana cara terbaik untuk memberi maklum balas terhadap gangguan pelbagai aspek yang sedang dihadapi dunia.

“Sudah tentu, kedinamikan ini menghasilkan cadangan nilai yang menarik dan mampu memberikan motivasi kepada pihak berkepentingan termasuk penuntut di sekeliling anda.

Apabila dilaksanakan dengan bijak melangkaui komuniti mereka, pemikiran dan kajian Islam mampu secara positif mengukuhkan sebuah ekosistem yang aman dan harmoni tanpa mengira orientasi etnik dan agama,” kata beliau.

Muhyiddin berkata selain daripada meneliti kemajuan baharu, pengajian Islam boleh mengguna pakai pengajian berasaskan pemikiran, e-pembelajaran, e-fatwa, penyelidikan mendalam yang meneliti momentum dan cabaran berterusan Revolusi Industri 4.0 menerusi kanta Pandangan Dunia Mengenai Islam atau pandangan Islam mengenai kewujudan sesuatu sama penting untuk dilaksanakan.

“Sesungguhnya, apa yang kita peroleh daripada penyelidikan serius dalam pemikiran dan pengajian Islam mampu menyedarkan minda dan memberi perhatian kepada topik-topik yang amat relevan pada masa ini, termasuk pasca pemulihan COVID untuk dunia yang lebih adil dan lestari,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat