3,638,812 Orang Terima Dua Dos Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,638,812 pemberian dos vaksin COVID-19 (dos 1 & 2) diberikan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini berkata, seramai 2,503,655 individu telah melengkapkan dos pertama, manakala daripada jumlah itu seramai 1,135,157 pula telah menerima dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,973 dos diikuti Sarawak (119,459); Perak (105,546); Kuala Lumpur (104,742); dan Johor (98,996).

Setakat Isnin, 52.50 peratus atau 12,743,918 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,363,091 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat