LKM dan Nestlé hasilkan produk coklat baharu KitKat®️ Dark 52%

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

NILAI – Perkongsian strategik di antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) bersama Nestlé Malaysia berhasil mengeluarkan produk coklat baharu KitKat®️ Dark 52%.

Ianya selaras dengan hala tuju Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam meningkatkan pengeluaran koko Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melancarkan produk baharu KitKat®️ 52 % di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko Malaysia (LKM) pada Isnin.

Beliau berkata, kolaborasi LKM dan Nestlé merupakan platform pemasaran menarik, dapat memberi peluang dan berupaya meningkatkan hasil serta meningkatkan sumber pendapatan kepada pekebun-pekebun koko secara umumnya.

Kerjasama ini mampu menggalakkan impak positif dari segi peningkatan hasil pengeluaran biji koko tempatan,
malah dapat mempamerkan keunikan biji koko dengan pengurusan tanaman mampan yang memanfaatkan semua pihak.

Menurutnya, pengeluaran produk coklat premium tunggal asli (single origin) menggunakan 100 peratus biji koko daripada Sabah dan Sarawak menerusi kaedah pengurusan tanaman mampan (sustainable agriculture) berpotensi untuk dimajukan.

“LKM juga akan melaksanakan projek tanaman baharu koko seluas 350 hektar dan projek Pemulihan Kebun Koko seluas 2,126 hektar dengan peruntukan sebanyak RM9.5 juta.

Harga koko ketika ini adalah tinggi, berpotensi memberi pulangan kepada 5,317 pekebun kecil koko yang merangkumi 89% (5,445 hektar) daripada kawasan tanaman koko di Malaysia, ”katanya.

“Mereka digalakkan memanfaatkan peluang ini bagi meningkatkan hasil pendapatan dan pengeluaran biji koko, terutamanya biji premium yang mempunyai nilai tinggi seperti yang digunakan dalam produk KitKat Dark Borneo ini, ”katanya lagi.

Ujarnya, industri koko menyumbang sebanyak RM8.2 bilion kepada hasil eksport negara dan tahun lalu sebanyak 370,207 tan biji koko dikisar dan menjadikan Malaysia sebagai pengisar ke-5 terbesar di dunia, selepas Ivory Coast, Belanda, Indonesia dan Jerman.

Pengisar-pengisar di Eropah akan bergantung kepada negara-negara tropika seperti Malaysia bagi membekalkan biji koko disebabkan oleh iklim dan cuaca yang sesuai.

“KPK berhasrat meningkatkan hasil koko untuk di eksport dan mengurangkan import biji koko serta berupaya mengangkat nama biji koko Borneo agar lebih dikenali di persada antarabangsa, ”ujarnya lagi.

Turut hadir, Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah; Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr. Ramle Hj. Kasin dan Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat