Pasaraya Tidak Boleh Halang Pelanggan Yang Tidak Pakai Penutup Mulut & Hidung

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pihak pasar raya atau kedai tidak boleh menghalang orang ramai yang tidak memakai topeng penutup hidung dan mulut daripada memasuki premis mereka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana pemakaian alat perlindungan diri (PPE) itu bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, kerajaan, kata beliau, amat menggalakkan semua pihak mengambil tanggungjawab untuk memakainya terutama mereka yang bergejala seperti batuk dan selsema.

“Tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup muka dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” katanya dalam sidang media harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyarankan semua premis perniagaan menjual sekeping topeng penutup hidung dan mulut di pintu masuk premis bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

“Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada penutup hidung dan mulut,saya minta agar pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.

“Saya mencadangkan pasar raya letakkan (topeng penutup hidung dan mulut) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat