Langgar Syarat PKPB, 92 Diberi Amaran dan 4,560 Diberi Nasihat – PDRM

- Advertisement -

Sebanyak 5,128 pemeriksaan penguatkuasaan operasi pematuhan dijalankan bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, semalam.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yasid Muhammad Yew berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 92 amaran dan 4,760 nasihat diberikan.

“Sebanyak 92 amaran itu membabitkan pelanggaran peraturan ditetapkan kerajaan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 5) 2020 bagi PKPB.

“Antara amaran dikeluarkan termasuk penjarakan sosial, kenderaan persendirian dinaiki lebih daripada empat orang, berkumpul di tempat awam dan pelbagai lagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Muhammad Yasid berkata, pemeriksaan itu membabitkan beberapa lokasi tumpuan awam seperti pasar raya, restoran dan kilang, selain pasar awam, tempat ibadat, tempat riadah dan tapak pembinaan.

Beliau berkata, pemeriksaan turut dilakukan di terminal darat, air dan udara membabitkan kenderaan persendirian dan awam.

Katanya, terdapat 11 sekatan jalan raya (SJR) yang aktif membuat pemeriksaan bagi tempoh PKPB ini.

“Jumlah pemeriksaan kenderaan setakat semalam adalah sebanyak 14,367 dan tiada tangkapan dibuat.

“11 SJR ini membabitkan tiga SJR di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, tiga di kawasan IPD Sepang, tiga di IPD Hulu Selangor, satu di IPD Sabak Bernam dan satu di IPD Serdang.

“SJR ini tertakluk kepada sempadan negeri Selangor dan diletakkan di bawah IPD terbabit,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat