Covid-19: Akan Datang Kluster Singapura?

- Advertisement -

Oleh: Ab Jalil Backer

1. Ramai yang ‘trigger’ tidak menentu apabila saya mengkritik kerajaan dalam beberapa hal mengenai Covid-19.

2. Apabila kita mengkritik kerajaan dalam hal ini bukan bermakna kita mengkritik petugas kesihatan di barisan hadapan. Kita mengkritik polisi!

3. Kita kritik polisi bukan kerana kita berasa pandai dan kerajaan bodoh. Kita memberi pandangan kritikal kerana mahu menambah baik dan mencari jalan terbaik mengatasi Covid-19 ini.

4. Beberapa minggu lalu ramai yang marah saya apabila mempertikaikan keputusan kerajaan mengarahkan ‘self-quarantine’ kepada mereka yang terkait dengan kontak pesakit Covid-19 dan yang baru pulang dari luar negara.

5. Alhamdulillah sekarang kerajaan mengarahkan kuarantin di tempat khas kepada mereka yang pulang dari luar negara.

6. MALANG sekali arahan ini tidak termasuk 11 ribu orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Mereka hanya diminta menunjukkan pengesahan sihat dari pihak perubatan Singapura dan diminta kuarantin di rumah selama 14 hari.

7. Kita semua tahu sepanjang sebulan lalu, kuarantin 14 hari di rumah adalah satu kegagalan serius.

8. Semalam sahaja 1,169 rakyat Malaysia menyeberangi Selat Terberau masuk semula ke negara ini. Saya sangat ragu-ragu pihak berkuasa Singapura telah melakukan ujian saringan Covid-19 seperti mana Malaysia lakukan.

9. Menurut NST Singapura pihak berkuasa kesihatan negara itu menjalankan saringan sekitar 2800 sampel setiap hari. (https://www.straitstimes.com/singapore/covid-19-tests-stepped-up-to-around-2900-every-day)

10. Justeru apabila 11 ribu orang ini diarahkan pulang, mustahil Singapura akan mengutamakan pemeriksaan Covid-19 ke atas mereka berbanding rakyatnya.

11. Saya khuatir mereka yang pulang dengan sijil pengesahan kesihatan ini hanya menjalani saringan kit ujian yang dalam percubaan dan belum setepat saringan yang dilakukan oleh Malaysia.

12. SEBELAS ribu orang ini apabila kuarantin di rumah akan ada kontak dengan keluarga. Inilah yang terjadi kepada kes kluster tabligh, Italy dan mereka yang pulang dari luar negara melakukan kuarantin di rumah.

13. Setelah hampir sebulan PKP, mengapa kerajaan mengulangi kesilapan yang sama? Adalah lebih wajar 11 ribu orang ini di kuarantin di tempat khas seperti mana mereka yang pulang dari luar negara.

14. Kerajaan tidak boleh mengambil mudah hanya kerana isu logistik dan infra. Hotel-hotel di Johor Baru semuanya kosong sekarang, gunakanlah.

15. Jangan ulangi kekurangan lalu dalam prosedur pengasingan dan penyediaan prasarana ujian sehingga menyebabkan kita terpaksa menyambung PKP.

16. Yang lepas anggaplah telah berlalu, namun masa hadapan ini perlukan kebijaksanaan pemerintah tidak mengulangi masalah yang sama.

Nota: Penulis adalah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat