Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (8 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 758 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 441,893 kenderaan
 
2. Sebanyak 35,263 pemeriksaan mengejut telah diadakan & sebanyak 5,580 premis telah diperiksa

3. PDRM telah menahan 454 individu di sekatan jalan raya & rondaan kerana ingkar PKP. Jumlah tersebut meningkat berbanding 403 tangkapan pada hari sebelumnya

4. Masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang degil, PDRM tidak lagi berkompromi dengan individu yang ingkar PKP

5. Daripada 454 individu yang ditahan semalam, 380 individu direman dan 74 individu dijamin

6. Seramai 630 individu dituduh di mahkamah semalam.

7. Sehingga kini, tangkapan kumulatif ingkar PKP adalah sebanyak 6905 individu

8. Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 807 operasi sanitasi di 86 zon termasuk 21 Zon Merah & 18 Zon Jingga

9. Semalam, sebanyak 141 operasi sanitasi meliputi 54 zon di 12 negeri, termasuk 39 kawasan di Johor dan 27 kawasan di Melaka

10. Kawasan yang turut dinyah cemar adalah 621 bangunan kerajaan dan 370 tempat awam

11. Sebanyak 10 PPR yang melibatkan 12,459 unit rumah telah dinyah cemar dan sebanyak 14 PPR di dalam proses nyah cemar yang melibatkan 19,342 unit rumah

12. Kerajaan akan mengagihkan 4 keping topeng muka kpd setiap isi rumah. Seperti disyorkan oleh KKM hanya mereka yg bergejala perlu memakai topeng muka

13. 24.62 juta topeng muka sdg dlm proses pengedaran kpd Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri utk diedarkan ke daerah-daerah

14. Penghantaran topeng muka ke Sabah, Sarawak dan Labuan akan disegerakan dgn bantuan penerbangan khas TUDM

15. Pengagihan di peringkat daerah akan diselaraskan oleh frontliners dari rumah ke rumah

16. Tabung COVID-19
– Kerajaan ucap terima kasih kpd orang ramai & juga sektor korporat yg telah memberi sumbangan ke Tabung COVID-19

– Setakat 7 April 2020, Tabung COVID-19 telah menerima sumbangan sebanyak RM22.66 juta

– Daripada jumlah itu, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menerima RM5.68 juta bagi Fasa 1 utk pembelian bantuan keperluan harian kpd mereka yang terjejas terutamanya yang berada di kawasan di bawah PKPD

– Bagi Fasa 2, RM9.06 juta akan disalurkan ke Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) dan YKN utk meningkatkan kemampuan pengagihan bantuan

– Kerajaan memutuskan semua tabung kutipan COVID-19 didaftar dgn Kementerian Kewangan untuk tujuan pengecualian cukai

17. PKPD ke-4 di bangunan Selangor Mansion & Selangor Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

– Untuk makluman, 97% drpd penghuni kedua-dua premis adalah warga negara asing. Justeru, keperluan harian termasuk makanan adalah di bwh tanggungjawab Kedutaan masing-masing

– Walaubagaimanapun, jika mereka memerlukan sebarang bantuan, boleh berurusan terus dgn Pusat Operasi PKPD di premis itu.

18. Setakat 7 April 2020, sebanyak 127 Pusat Kuarantin termasuk 12 buah hotel telah beroperasi di mana 8,153 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib

19. Semalam, seramai 697 rakyat Malaysia telah pulang dari luar negera dengan semuanya telah dikuarantin wajib manakala 18 individu dihantar ke hospital

20. Kerajaan dalam proses mewartakan 67 hotel lagi menjadikan keseluruhan 112 hotel sebagai Pusat Kuarantin

21. Pusat Kuarantin di seluruh negara dicadangkan dan dipilih oleh Kerajaan Negeri, di mana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yg menentukan pusat kuarantin di negeri masing-masing

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat