Gelaran ‘Tan Sri’ Kepada Hadi Wajar Ditarik Semula – Pemuda Amanah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemuda Amanah memohon pertimbangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik semula gelaran ‘Tan Sri’ yang dianugerahkan kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 2021.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Abbas Azmi, berkata tindakan Hadi yang juga Presiden PAS mengakui ada usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biadap dan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu.

“Perkara yang dilakukan oleh Hadi ini tidak boleh dibiarkan. Banyak kali Tuanku menitahkan bermula daripada penubuhan kerajaan supaya kita bersama mempertahan kerajaan dan memulihkan keadaan negara.

“Seharusnya sebagai ahli politik yang senior dan berimejkan Islam serta mempunyai gelaran tuan guru, dia sepatutnya bersama-sama membina negara, demi rakyat bukannya gila kuasa dan mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya kepada media ketika menghantar Memorandum Kebiadapan Ahli Parlimen Marang itu di Istana Negara pada Rabu.

Mengulas lanjut lapor BH, beliau berkata lebih biadap lagi tindakan Ahli Parlimen Marang itu mengatakan bahawa tidak ada siapa yang boleh menghalang jika berlakunya penukaran kerajaan.

“Kami menjunjung institusi raja-raja dan Tuanku adalah payung rakyat. Kita mahukan tindakan drastik kepada mereka yang mahu mengganggu gugat kestabilan negara.

“Cukuplah berpolitik ini adalah masa untuk kita menumpukan kepada pembangunan negara, jangan hanya pandai meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dalam masa yang sama mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Katanya lagi, jika Hadi masih lagi meneruskan tindakan biadap ini, pemuda Amanah akan menggerakkan ‘roadshow’ di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak untuk menyedarkan rakyat.

“Kebiadapan ini tidak boleh diteruskan dan perlu diberhentikan. Kita akan memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai tindakan ahli politik PN yang tidak menghormati undang-undang yang ada di dalam negara kita,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Hadi, berkata tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan walaupun ada yang meremehkan perkara itu.

“Itu satu kenyataan politik (Kerajaan Perpaduan tumbang) dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling (tadah). Itu berlaku.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri. Ada berlaku. Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat