Kempen #Muhyiddinout ‘Trending’ Di Twitter

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tanda pagar (hashtaq) bagi mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan menjadi “trending” di laman media sosial Twitter ekoran peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini.

Tinjauan SuaraTV mendapati, sehingga jam 10.30 malam tadi, hampir 41.7 ribu ciapan mengunakan hashtag tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter yang mengunakan tanda pagar tersebut menyifatkan Muhyiddin gagal ekoran peningkatan jumlah kes positif selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia menghampiri 14,000 selepas mencatat 489 kes baharu.

Isnin lalu tanda pagar “KlusterMenteri” turut menjadi trending susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri didapati positif Covid-19.

Rata-rata meluahkan rasa kecewa sambil mendakwa golongan ahli politik terutama mereka yang berjawatan menteri gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kami sebagai rakyat patuh SOP, pak-pak menteri tu yang tak patuhi. Siapa salah sekarang ni? Maaf cakap, kami rakyat sangat-sangat kecewa dengan tindakan menteri-menteri sendiri yang tak patuhi SOP, tak kuarantin, jadi salah rakyat lagi ke?,” soal @EmyFarisha di laman Twitter.

Manakala, pengguna Twitter bernama Amirul @amyrul_ pula berkata, rakyat memang mematuhi SOP yang telah ditetapkan KKM sebelum ini.

“Berbulan kami keluar rumah tiada pula kes COVID-19 naik mencanak. Ini ahli politik berkempen berapa hari terus naik gila. Siapa yang tak patuh SOP ini? Asyik-asyik yang miskin sahaja yang salah,” luahnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat