Keputusan Tutup Sekolah Bersandarkan Penelitian Data KKM & MKN – Menteri Pendidikan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, sebarang keputusan untuk menutup operasi sekolah atau mana-mana institusi pengajian mestilah bersandarkan perbincangan dan penelitian data penularan Covid-19 dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya sedar kegusaran dan kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Kami di Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah di seluruh negara.

“Sebarang keputusan yang dibuat oleh KPM adalah berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mungkin ada yang melihat dalam keadaan tertentu kami seolah-olah lambat membuat keputusan. Hakikatnya tidak begitu,” katanya.

Menurut beliau, kementeriannya telah belajar dari pengalaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan menambah baik setiap pendekatan yang diambil dalam menangani situasi yang dihadapi sekarang.

“Kita belajar bahawa ketelitian adalah amat penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu.

“Sejak PKP mula dilaksanakan, walaupun terdapat kekurangan di sana sini, secara keseluruhannya pengoperasian institusi pendidikan dibawah KPM di sepanjang tempoh ini berjalan dengan baik.

“Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, KPM akan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan kawasan zon merah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mengumumkan penutupan sekolah di kawasan tersebut.

“Hari ini KPM mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah adalah kawasan zon merah.

“Sehubungan itu, petang tadi KPM telah mengumumkan bahawa sekolah di kawasan tersebut akan ditutup bermula esok 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020. “ujarnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat